"setiap yang hidup pasti akan mati......"
Hanya Allah sahaja yang tahu apabila Cik Cua terima text daripada emak yang atuk mak telah pergi meninggalkan kami..
Gelap seketika dunia Cik Cua masa tu.
atuk mak yang membela Cik Cua dari kecil hinggalah besar
Kerananya Cik Cua pandai mengaji....ilmu agama sentiasa menjadi keutamaan atuk mak...
Menjadi rutin harian atuk mak akan mengajar anak-anak, cucu-cucu mengaji selepas solat Magrib. Rotan ditangan tak pernah atok mak tinggalkan. BUkan untuk mendera, tetapi untuk mendidik. Mulut tidak pernah penat memberi nasihat. Orang yang sentiasa ceria dan selalu bersikap positif.
ketika ini tok mak masih lagi mengagahkan diri untuk bertahan. Keadaan tok mak yang tidak menentu menyebabkan kami sentiasa risau. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami.... Atok ayah menangis tanpa henti di sisi isteri tersayang.
Semuanya ketentuan Allah.
27/07/2018..........
Atuk mak pergi meninggalkan kami.... Kami redha atas ketentuan Illahi.....
Alhamdulillah, urusan jenazah arwah tok mak berjalan dengan lancar. Ramai yang menziarahi arwah tok mak.
Syukur Alhamdulillah.......
tok mak......
terima kasih atas segala kasih sayang yang telah tok mak berikan kepada kami. Maaf atas segala silap salah...
Semoga tok mak berada dalam kalangan orang yang beriman dan semoga kita bertemu lagi....
salam sayang selamanya........
Al-Fatihah......
No comments:
Post a Comment