Cik Cua berasal dari Muar, Johor... so harini Cik Cua nak story sikit mengenai asal usul Bandar Muar.
Enjoy Ya!!!!!
Muar kaya dengan sejarah tetapi disebabkan ketiadaan catatan sejarah yang sempurna dan bukti-bukti arkeologi, kebanyakan sejarah silam Muar tidak diketahui. Dipercayai sejarah Muar telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka.
LOKASI MUAR
Pada tahun 1361, terdapat catatan yang menyatakan Muar adalah sebahagian daripada wilayah empayar Majapahit. Catatan lain pula ada menyebut bahawa Parameswara, pengasas empayar Melaka, pernah menubuhkan penempatan di Pagoh, Ulu Muar selepas melarikan diri dari Temasik sebelum menuju ke Melaka.Muar juga adalah tempat terletaknya satu-satunya makam kesultanan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488).
LAMBANG KEMEGAHAN MUAR
Makam kesultanan Melaka yang lain telah dibinasakan dengan kejam oleh Portugis semasa penaklukan mereka ke atas Melaka. Muar turut memainkan peranan penting buat Sultan Melaka dalam mengekang kemaraan tentera Portugis pada tahun 1511. Bagi menangani serangan armada Portugis, Kubu Bentayan telah dibina oleh Sultan Melaka untuk mematahkan serangan dari arah laut.
Muar di era Portugis juga menempatkan sebuah kubu iaitu ‘Fortaleza de Muar’ bagi mempertahankan koloni Portugis daripada serangan Belanda dan Aceh.
Muar adalah bandar di-Raja di barat laut negeri Johor. Ia pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali Iskandar Shah dalam masa yang singkat (1855 – 1877), apabila penguasaan negeri Johor (kecuali Muar dan Kesang) telah diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali Iskandar Shah. Sultan Ali adalah pewaris sebenar Kesultanan Johor tetapi kelemahan beliau telah menyebabkan pemerintahan Johor dikuasai oleh Temenggung. Setelah beliau mangkat pada 1877, Muar akhirnya menjadi sebahagian daripada wilayah Johor. Pada awal tahun 1884 Maharaja Abu Bakar telah menitah Muhammad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor untuk membuka Bandar Muar yang turut dikenali sebagai Bandar Maharani. Nama ini diberikan oleh Maharaja Abu Bakar.
Muar selama bertahun-tahun adalah bandar yang kedua terbesar di Johor tetapi kedudukan tersebut telah diambil alih oleh Batu Pahat. Namun demikian, Muar masih merupakan bandar kedua terpenting dari segi pentadbiran selepas ibu negeri Johor Bahru.
No comments:
Post a Comment