My Blog List

Saturday, July 28, 2018

BOWLING DAN MINDA!!

Bukan setakat Volleyball, Bowling pon Cik Cua join. Nampak macam mudah je kan..padahal itulah sukan yang buat sel-sel otak Cik Cua tercabar.

Cik Cua baru sahaja sertai sukan Bowling ni. Tapi macam-macam ilmu yang Cik Cua belajar terutamanya adalah ilmu mengawal emosi. Sukan ini sangat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Emosi yang terganggu akan menganggu konsentrasi pemain. Kadang-kadang emosi Cik Cua koyak juga!!! hehehehhehehe

kenangan bersama mereka ketika kejohanan KPN CUP 





VOLLEYBALL MY GAME!

Sejak Cik Cua melibatkan diri dalam badan beruniform ni... Cik Cua tidak la gemuk sangat kan?? tapi untuk membuatkan Cik Cua steady, Cik Cua join la Volleyball.

Cik Cua mula main pada tahun 2015 dan pada masa Cik Cua hanya kutip bola di tepi gelanggang je. Tapi ok la kan at least Cik Cua boleh jogging jugak. Then after 2 years, barulah coach letakkan Cik Cua posisi Libero. 




Posisi ni biasa je, cumanya Cik Cua akan pakai baju jersi lain dari kawan pasukan yang lain. Tapi yang menjadi masalah Cik Cua sekarang kenapa Cik Cua tak kurus-kurus.  

hehhehehehheheh.......

MUAR BANDAR DIRAJA!!!!!

Cik Cua berasal dari Muar, Johor... so harini Cik Cua nak story sikit mengenai asal usul Bandar Muar.

Enjoy Ya!!!!! 

Muar kaya dengan sejarah tetapi disebabkan ketiadaan catatan sejarah yang sempurna dan bukti-bukti arkeologi, kebanyakan sejarah silam Muar tidak diketahui. Dipercayai sejarah Muar telah bermula lebih awal daripada Empayar Melaka.

LOKASI MUAR

Pada tahun 1361, terdapat catatan yang menyatakan Muar adalah sebahagian daripada wilayah empayar Majapahit. Catatan lain pula ada menyebut bahawa Parameswara, pengasas empayar Melaka, pernah menubuhkan penempatan di Pagoh, Ulu Muar selepas melarikan diri dari Temasik sebelum menuju ke Melaka.Muar juga adalah tempat terletaknya satu-satunya makam kesultanan Melaka iaitu Sultan Alauddin Riayat Shah (1477-1488).

                         LAMBANG KEMEGAHAN MUAR

Makam kesultanan Melaka yang lain telah dibinasakan dengan kejam oleh Portugis semasa penaklukan mereka ke atas Melaka. Muar turut memainkan peranan penting buat Sultan Melaka dalam mengekang kemaraan tentera Portugis pada tahun 1511. Bagi menangani serangan armada Portugis, Kubu Bentayan telah dibina oleh Sultan Melaka untuk mematahkan serangan dari arah laut. 

Muar di era Portugis juga menempatkan sebuah kubu iaitu ‘Fortaleza de Muar’ bagi mempertahankan koloni Portugis daripada serangan Belanda dan Aceh.

Muar adalah bandar di-Raja di barat laut negeri Johor. Ia pernah menjadi sebuah Kerajaan merdeka dan berdaulat yang diperintah oleh Sultan Ali Iskandar Shah dalam masa yang singkat (1855 – 1877), apabila penguasaan negeri Johor (kecuali Muar dan Kesang) telah diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali Iskandar Shah. Sultan Ali adalah pewaris sebenar Kesultanan Johor tetapi kelemahan beliau telah menyebabkan pemerintahan Johor dikuasai oleh Temenggung. Setelah beliau mangkat pada 1877, Muar akhirnya menjadi sebahagian daripada wilayah Johor. Pada awal tahun 1884 Maharaja Abu Bakar telah menitah Muhammad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor untuk membuka Bandar Muar yang turut dikenali sebagai Bandar Maharani. Nama ini diberikan oleh Maharaja Abu Bakar.



Muar selama bertahun-tahun adalah bandar yang kedua terbesar di Johor tetapi kedudukan tersebut telah diambil alih oleh Batu Pahat. Namun demikian, Muar masih merupakan bandar kedua terpenting dari segi pentadbiran selepas ibu negeri Johor Bahru.

PERGINYA NEKDA YANG TERCINTA....

"setiap yang hidup pasti akan mati......"

Hanya Allah sahaja yang tahu apabila Cik Cua terima text daripada emak yang atuk mak telah pergi meninggalkan kami..

Gelap seketika dunia Cik Cua masa tu. 

atuk mak yang membela Cik Cua dari kecil hinggalah besar
Kerananya Cik Cua pandai mengaji....ilmu agama sentiasa menjadi keutamaan atuk mak...

Menjadi rutin harian atuk mak akan mengajar anak-anak, cucu-cucu mengaji selepas solat Magrib. Rotan ditangan tak pernah atok mak tinggalkan. BUkan untuk mendera, tetapi untuk mendidik. Mulut tidak pernah penat memberi nasihat. Orang yang sentiasa ceria dan selalu bersikap positif.




ketika ini tok mak masih lagi mengagahkan diri untuk bertahan. Keadaan tok mak yang tidak menentu menyebabkan kami sentiasa risau. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami.... Atok ayah menangis tanpa henti di sisi isteri tersayang. 

Semuanya ketentuan Allah. 

27/07/2018..........
Atuk mak pergi meninggalkan kami.... Kami redha atas ketentuan Illahi.....

Alhamdulillah, urusan jenazah arwah tok mak berjalan dengan lancar. Ramai yang menziarahi arwah tok mak. 
Syukur Alhamdulillah.......


tok mak......
terima kasih atas segala kasih sayang yang telah tok mak berikan kepada kami. Maaf atas segala silap salah...

Semoga tok mak berada dalam kalangan orang yang beriman dan semoga kita bertemu lagi....

salam sayang selamanya........
Al-Fatihah......



BAND SILVER TORTOISE

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

INI ADALAH MAJLIS YANG PALING INDAH BAGI CIK CUA BERSAMA KUMPULAN BAND SILVER TORTOISE DAN JUGA BERSAMA YDH DATO JALIL BIN HASSAN, KETUA POLIS MELAKA.

SATU MAJLIS YANG BUAT CIK CUA PENUH DENGAN EMOSI DAN KENANGAN YANG TIDAK MUNGKIN CIK CUA LUPAKAN. 


INI ADALAH KELUARGA KEDUA CIK CUA...KELUARGA YANG SANGAT CIK CUA SAYANGI....CIK CUA SELITKAN GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEKALI YA... 



INI BOS CIK CUA YANG PALING SPORTING...EHEHHEHEH


LAN PETPET SENARIO JUGA HADIR BAGI MERAIKAN YDH DATO



MAJLIS NI SEBENARNYA UNTUK MERAIKAN YDH DATO KP MELAKA. 
MEMANG TIP TOP DIAORANG SETTING MAJLIS UNTUK DATO. 



BUT SIAPA SANGKA! CIK CUA JUGA DIRAIKAN!! AS A BIRTHDAY GIRL!!!

SUPRISE ME!!! SANGAT TERHARU. YANG MERAIKAN CIK CUA JUGA BUKAN SETAKAT DATO KP TETAPI ARTIS LAN PET PET SENARIO... PENGALAMAN YANG CIK CUA TAK DAPAT LUPAKAN. TERHARU SANGAT MASA TU......


INI HADIAH DARI MEREKA SEMPENA BIRTHDAY GIRL!!
LOVE IT!!!



SEGALANYA INDAH BERSAMA MEREKA. YDH DATO KP MELAKA MENINGGALKAN KENANGAN YANG INDAH UNTUK KAMI SEMUA. JASA DATO KAMI KENANG SAMPAI BILA-BILA.


CIK CUA NI, BAB GAMBAR GAMBAR NO 1!!!! HEHEHHEHE... TO THEM.. TQ SO MUCH.
SENTIASA BERSAMA SENYUMAN YANG TIADA HENTINYA.


LOVE THEM!!! CIK CUA HARAP, KAMI TEGUH BERSATU AS A FAMILY....=)


VIDEO TATAPAN UNTUK KORANG...


Thursday, July 26, 2018

SAHABAT


KAWAN ITU ADA DI MANA-MANA KAN...
YANG BARU KENAL BEBERAPA SAAT PON BOLEH JADI KAWAN..

CIK CUA NI SUSAH SIKIT TAU NAK BERKAWAN DENGAN ORANG... HOBI CIK CUA PON MENYANYI SORANG-SORANG AND TENGOK MOVIE... SO BAB KAWAN NI SUSAH SIKIT CIK CUA NAK MASUKKAN DALAM AKTIVITI HARIAN...HEHHEHHE...

TAPI.. CIK CUA ADA SEORANG KAWAN YANG CIK CUA ANGGAP SEBAGAI SAHABAT.

NAMA DIA CIK TAN!


HAAAA..... NILAH KAWAN CIK CUA LTU.. BUKAN YANG LELAKI TU TAU.. YANG GIRL-GIRL TU.. 




CIK CUA NAK STORY SIKIT PASAL SAHABAT CIK CUA NI...

DIA NI TAK LA LAWA MANA ... TAPI HATI DIA LAWA... DIA TAK PERNAH TINGGALKAN CIK CUA TIME CIK CUA SUSAH..

TAPI DIA YANG SELALU SUSAHKAN CIK CUA. HIDUP DENGAN DIA BUAT CIK CUA PENING OR SERABUT GILA.

FAMILY KAMI DA RAPAT DAH.

TABAHNYA HATI DIA BUAT CIK CUA KAGUM. WALAUPUN DIA BANYAK MASALAH, DIA TETAP BANGUN. SAMPAILAH DIA BERJAYA. DIA OTAK PERNAH CAKAP KAT CIK CUA DIA PENAT. CARA DIA HANDLE MASALAH MEMANG COOL..

SEBAB DIA JUGA CIK CUA SAMBUNG BELAJAR. SEHINGGA KE HARI NI...BANYKA DAH PERUBAHAN CIK CUA KE ARAH YANG MEMBANGUN..CEEWAH!!! HAHAHAHHA..

APAPUN... CIK CUA NAK PESAN...CARLLILAH SAHABAT YANG SENTIASA MEMBIMBING KITA KE JALAN YANG BAIK.. SAHABAT KITA AKAN MELAMBANGKAN KEPERIBADIAN PHIDUP KITA... TAPI JANGAN SALAH FAHAM..DENGAN SESIAPA[PUN KITA BERKAWAN.. JADILAH DIRI SENDIRI.. SEBAB HANYA DENGAN DIRI SENDIRI KITA MAMPU MENCOGRAK JALAN HIDUP KITA TANPA BATASAN!!!!

SAHABAT ITU INDAH.. YANG TAK INDAH KENTUT SI SAHABAT..HEHEHHE

CAU CAU!!!!
MEE BANDUNG MUAR!!!!

HAI AWAK-AWAK SEMUA ... TODAY CIK CUA NAK KONGSIKAN RESEPI MEE BANDUNG MUAR!!!

CIK CUA JUGA AKAN SHARE LOCATION MEE BANDUNG MUAR YANG MELETUP-MELETUP KAT SINI!!!


ENJOY AND EAT OK!!!!!!
MACAM NI LA GUPANYA...HEHEHEHHE
CIK CUA BUAT KIRA-KIRA KAT BAWAH NI.. KORANG IKUT JE K.. SELAMAT MENCUBA.. LOVE YOU ALL!



  • Masa Penyediaan: 20 minit,




  • Masa Memasak:15 minit,




  • Jumlah Hidangan:3


  • Resepi Oleh: CIK CUA

    Resepi Mee Bandung Muar, Dihidangkan besama daging dan udang Mee Bandung Muar ini pasti menu lazat dan sedap di hari raya. Cubalah Resepi ini segera

    Bahan-Bahan:


    • 1 paket mee kuning
    • 8-10 tangkai cili kering
    • 3 ulas bawang merah
    • 2 ulas bawang putih
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu besar udang kering
    • 200 gram udang
    • 200 gram daging
    • Garam dan gula secukup rasa
    • 3 cawan stok daging
    • 4-5 tangkai sawi
    • Sedikit kubis
    • 1 camca besar sos tiram
    • 2 bij telur

    Cara Penyediaan:


    1. Rebus udang kering bersama 1/2 cawan air.
    2. Blend cili kering, bawang putih, bawang merah dan udang kering bersama air rebusan udang kering.
    3. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak.
    4. Masukkan batang sawi, sos tiram, udang dan daging, kacau seketika, kemudian masukkan 3 cawan air rebusan daging.
    5. Masukkan daun sawi dan kubis berserta bancuhan tepung jagung.
    6. Masak sehingga mendidih, dan tuangkan ke atas mee.